Followers

Facebook Comments

Sunday, January 13, 2013

KEMUNCAK



Alhamdulillah... terlaksana juga akhirnya hasrat mak ayah dan tanggungjawab kami berempat adik beradik... tiada yang mustahil untuk mencapai matlamat hidup di dunia ini selagi nyawa masih dikandung badan... Aku pada suatu ketika dahulu tidak yakin pada diri sendiri dapat menjadi penghujung segala kejayaan adik beradikku yang sebelum aku ini... Namun, Allah Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki... dapat juga menyambung pengajianku ke peringkat ijazah sarjana muda... Sekurang-kurangnya dapatlah aku merasai sebuah kehidupan yang pernah dilalui oleh 3 adik beradikku yang lain....

Doa dan restu mak ayahku menjadi pencetus semangat kami adik beradik untuk meneruskan perjuangan yang tiada noktah penghujungnya.... walaupun kami terpaksa berjauhan dan hidup di perantauan... namun semua itu tidak mematahkan semangat kami berempat adik beradik untuk terus berusaha membalas jasa dan pengorbanan mak ayah selama ini... mungkin ini satu kemuncak bagi keluargaku yang pernah merasai hidup dalam kesusahan pada suatu ketika dahulu...

Bila menaip semula diari blogku ini... terimbas kembali kenangan pahit manisku setiap detikan hidupku bergelar mahasiswa... memang benarlah apa yang pernah disuarakan oleh arwah abangku suatu ketika dahulu... kita mengorak langkah ke universiti dapat mempelajari kehidupan berdikari seperti yang kita harapkan dan ia lebih mematangkan diri kita juga... 

Di sini aku kongsikan kejayaan adik beradikku sebagai tanda penghargaan dan hadiah buat mak ayah yang tidak pernah "tewas" mendidik kami berempat adik beradik... Alhamdulillah... Sesungguhnya rezeki kami sekeluarga datang dari Allah dan dari Dia la kami memohon membuka pintu rezeki buat kami sekeluarga... Semoga kejayaan kami dapat diwarisi oleh generasi keluarga kami seterusnya... Amin~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL