Followers

Facebook Comments

Monday, February 6, 2012

SENJA ITU INDAH


Pancaran senja menembusi dari balik bilik tua dihujung suatu kota. Menaburkan kesenyapan yang menyusupi seluruh aura. Bahkan suara jangkerik yang melantunkan lagunya pun tak sampai membangunkan suasana keramaian disana. Sayup-sayup ku dengar dari jauh kau teriakkan namaku, memanggilku untuk bergegas menuju ke kotaku. Tapi ku terlalu malas untuk benar-benar memicingkan telingaku di mana seseorang yang menyebut namaku. Sudah lebih dari senja selalu ku dengar suara lirih itu memenuhi angkasa. Tapi tak pernah ku temui wujudmu meskipun dalam bayangan.

Alhamdulillah... Hari ini dapat juga melaksanakan niat di hatiku untuk mengarang sebuah cerita di laman serba sederhana ini. Menghabiskan banyak masa di kampung dengan melayangkan fikiran di tepi pantai. Sudah berbulan2 lamanya tidak berpijak di tempat ciptaan Allah yang menjadi penenang kekusutan fikiran. Terbayang bermacam2 di fikiranku ketika itu.

Seluas lautan ingin ku layari... Sekumpulan bot nelayan pulang di senja hari. Memikirkan masa lalu yang telah menjadi kisah silam, masa depan yang menjadi taruhan. Apakah perancanganku selepas ini? Fikiran serabut seketika. Hati  cuba mengerti. Itulah situasi aku alami ketika ini. Bukan kerana takutkan dengan cabaran dunia, namun aku masih belum dapat melihat hala tuju dan landasan yang harusku lalui. Melihat rakan2 seniorku sudah bekerjaya dan menjalani kehidupan sendiri. Apakah aku mampu berbuat demikian suatu hari nanti? Berdikari? Insya Allah...

Melihat seorang wanita yang bekerja di pam minyak. Bukan pertama kali aku pernah memandangnya, sebelum2 ni aku pernah melihatnya. Sudah lama beliau berkhidmat di tempat kerjanya itu. Terbayang di benak fikiranku, inikah pekerjaan wanita ini cari2kan selama ini? Siapa tahu rezeki ada di mana2. Namun, sampai bila dia berkhidmat dengan stesen minyak itu? (minda sentiasa berfikir)

Jauh khabar berita... Hari ini terdengar satu berita kematian seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terlanggar pokok di tepi jalan. Meninggalkan seorang ibu dan keluarga yang pernah menjaga beliau. Kuasa Allah, janji Allah sentiasa ditepati di saat malaikat maut mencabut nyawa kita. Sayu hati memikirkan situasi insan2 begitu kekurangan didikan dan curahan agama. Terdapat kesedaran dan pengajaran yang aku dapat dariNya. Siapa tahu esok atau lusa kita pergi? Wallahu'alam... Moga Allah mengampuni dosa2ku selama ini... Astagfirullahalazim~

Cukup sekadar meluah hati yang sentiasa bermain fikiranku ketika ini. (sambil tersenyum). Tak lekang dari ingatan saat sinar senja bertabur diantara awan yang beradu di atas langit. Kau tak jua beranjak dari tempatmu duduk di tepi sebuah pantai itu. Kau tatap kosong diantara setiap gelombang yang terbelah oleh perahu nelayan yang lekas pulang. Kau nikmati setiap helai belaian angin laut yang terburai diantara wajahmu serta celotehan burung yang mengajakmu pulang. Penat aku menaip blog ini. Alhamdulillah sudah ramai melawat blogku yang baru merangkak beberapa tahun je. Terima kasih kepada para pembaca dan pelawat blog ini. Selamat maju jaya!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL