Followers

Facebook Comments

Friday, September 9, 2011

HANTARAN PERKAHWINAN





Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Malaysia :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

Hahaha.. ramai giler org Likes n Comments post aku yang nih... kecoh sana sini dah... ape bule buat??? tapi pendapat2 sumer relevan jugak la.. so, bergantung la... setiap individu ada kemampuan... aku ambik post nih dari member aku... post member aku tak da org kecoh sgt pown.. malah tak hairan dibuatnye.. tapi tetibe je ak tergerak hati nak post jugak.. skali MELATOP!!! haha... sensitiviti jugak isu nih... tapi menarik... haha~

Ok, utk pandangan aku plak mengenai kenyataan di atas itu, hurmmm... ape aku boleh cakap... ada pro kontra jugak lah... tak semua yang kita lihat itu adalah positif, begitu jugak negatif... kita perlu lihat kenyataan itu dengan pelbagai sudut... mungkin ade kebaikannya dan mungkin ade keburukannya juga.. kesannya semua itu kita tak tahu malah tak menyedarinya...

KEBAIKAN:: kita lihatlah betapa jiwa seorang bergelar kaum HAWA ini.. ada ketinggian nilai diri mereka... semakin tinggi taraf pendidikan mereka, semakin tinggi nilai hantaran... datang meminang kaum hawa bukan semudah dengan sekadar mengungkap kata bicara indah2 belaka, namun perlu ada syaratnya... betapa sukarnya untuk memiliki seorang wanita untuk dijadikan suri hidup bagi kaum ADAM... jadi jelas, bukan sahaja wanita memberi kebahagiaan dan kepuasaan pada seorang jejaka, jejaka akan menjaga wanita itu seperti mana sukarnya mereka mencari kewangan hidup untuk wanita yang dilamarnya... ye bukan??? so, tak akan ada istilah lelaki dayus atau kaki pompuan la lepas nih... (setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya)...

KEBURUKAN:: memang tidak dinafikan kenyataan yang tertera di atas sedikit banyak memberi kesan terhadap statistik perkahwinan dalam negara kita. Ye lah, sape tak nak kawen dalam seumur hidup??? sape tak nak pasangan hidup??? sape tak nak kasih sayang??? semua orang ada keinginan dan impian... Kehidupan realiti untuk di dunia dan akhirat... kadang2 kaum HAWA perlu pertimbangkan status kewangan di pihak kaum ADAM... bergantung kemampuan merekalah untuk memberi nafkah... kadang2, jangan terlau jual mahal, lama2 terlepas juga... bukankah perkahwinan itu sudah digalakkan dalam Islam. Untuk mengelakkan berlakunya fitnah, kes rogol dan khalwat atau zina. Oleh itu, perkahwinan diharuskan untuk dipercepatkan di samping melahirkan zuriat untuk perkembangan generasi yang akan datang... sama2lah kita bermuhasabah diri... =)

3 comments:

  1. Mgkn ada prespektif lain dlm menghurai isu hantaran nie..

    ReplyDelete
  2. wow....mkin mahal skrg...
    mahu kawin camne ni....
    hope hntran boleh rndg antara bakal pngntin laki n popuan...ehheheh.
    xmembebankan pihak laki,,,

    "Selamat Pengantin Baru Lan dan Fyda"

    ReplyDelete
  3. sibb baik akak dah kawin
    dan hantaran adalah tidak wajib dlm islam
    kalau mampu sila bagi .. kalau tidak x menjadi hal sebenarnya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL