Followers

Facebook Comments

Thursday, August 4, 2011

RAKAN SEPERJUANGANKU - UiTM


Bila mengibau kembali kisah aku membuat permohonan untuk masuk ke IPTA, pilihan pertama dan kedua aku adalah Ijazah Sarjana MUda Pendidikan kat Universiti Putra Malaysia dan Univerisiti Pendidikan Sultan Idris... Peluang aku semakin dekat bila dipanggil untuk menjalani ujian bertulis Medsi... dalam beratus2 menjawab soalan2 tuh, akhirnya aku berjaya melepasi cabaran tersebut. Alangkah gembiranya aku ketika itu. Aku dipanggil untuk meneruskan cabaran seterusnya, iaitu temuduga. Masa temuduga, penemuduga sangat ramah dengan aku. Sampai aku pun hu ha hu ha dengan dorg... haha... (bukan nak bodek je)... Namun, setelah penantianku selama 1 bulan kemudian, rezeki tidak menyebelahiku. Aku ditawarkan bidang kursus lain dalam 8 senarai pilihan Universiti tempatan yang aku pohon. Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaranku dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian). Apakan daya, aku terima sahaja. Mungkin ada hikmah di sebalik pilihan aku tersebut.

Masa mula2 daftar masuk, uh ah uh ah mencari kampus aku. Tahu la anak perantauan macam aku ni Sarawakian tak akan terlepas jika sesat jalan. Apalah nasib aku masa tu. hehe... Masa mula2 mendaftar, aku rasa sangat nervous. Ye lah... dah la rase macam first time sangat berpisah dengan mak ayah, rase lain je... (homesick) huhu... Masa Minggu Mesra Siswa (MMS)... dulu orang panggil Minggu Mesra Siswa (MMS).. tapi sekarang dah upgrade sket.. Minggu Destini Siswa (MDS) katekan... weeeee... mantop uuuu... hehe.... Sepanjang budak baru berpijak di dunia universiti, aku gigih mencari classmate aku... hahaha... mane la tahu kan.. boleh pergi kuliah same2 nnt... (takot terbangon lewat pagi2.... ade la org tolong kejutkan or ingatkan aku kan...) haha...

Sepanjang menjelahi ilmu dengan bidang aku ambil ketika ini... pelbagai cabaran yang telah aku lalui... Baru aku sedar bahawa pelajran di Universiti tidak semudah disangka. Namun itu rezeki masing2. Ada yang maju dan terus maju. Ada juga perlahan tapi maintain katekan. Berserah dan tawakal di atas anugerah Allah Yang Maha Berkuasa. Aku??? Aku pelajar sederhana saje. Rakan seperjuangan aku semua hebat2 belaka. Suka bersaing dan berusaha keras. Alhamdulillah, sesungguhnya itu memotivasikan aku untuk berjuang dan bersaing mendapat "tempat" la katekan. Haha... (ye la tu~)

Rakan2 sekelas aku, pelbagai ragam, pelbagai sifat dan pelbagai budaya... Budak2 ni ada personaliti tersendiri. Ada yang kecoh2 dan terus kecoh. Ada yang sensitif dan terus sensitif. Ada yang pendiam dan terus pendiam. Ada yang gile2 dan terus gile2... hehe.. Ye lah, realiti kehidupan. Setiap orang dijadikan dengan pelbagai bentuk dan rupa. hehe... Aku? Aku biase2 je dalam kelas. Kalau rakan2ku buat lawak, aku buat lawak jugak la. Kalau rakan2 aku buat bising, aku pun buat bising la. (hakikatnya aku belum ada pendirian tersendiri) hahaa...

Pensyarah aku semua baik2 belaka. Tak rugi ada pensyarah yang mengambil berat terhadap pelajaran kita. Kadang2 kita leka dengan keseronokan dunia kampus "Campus Life" la katekan... Pensyarah2 adalah ibu bapa kita di Universiti. Aku ada beberapa orang pensyarah yang sangat prihatin terhadap diriku. Alhamdulillah~ Allah anugerahkan insan bergelar pendidik yang sangat prihatin dengan kebajikan pelajarnya. (terharu)

Kini aku sudah masuk final year. Rasa macam begitu pantas masa berlalu. Bagaikan dunia aku akan bertukar pada esokkan harinya. Siapa tahu? Mungkin semua orang merasainya. Namun kenangan pahit manis tetap tersimpan dalam diari hidupku. Dunia kita kadang2 akan berubah juga tanpa kita sedari. Aku juga merasai sedemikian. Terpulang pada kita bagaimana untuk menentukan kehidupan kita di masa akan datang. Aku hanya insan biasa~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL