Followers

Facebook Comments

Tuesday, July 12, 2011

HARAPAN ANAK KECIL

TEPI PANTAI… Sekali lagi menerjah ruang benak. Aku berjalan pantas dalam dingin pagi yang suram. Berfikir sendirian. Tiada sesiapa di sekitarku. Ada beberapa orang yang tak kukenali berjalan di hadapan. Aku melangu tanpa suara. Jerit pekik suara Adibah Nor dengan lagu “Terlalu Istimewa” membingit di telingaku merdu. Perjalanan awalku membuatkan hatiku tenang sedikit.

Teringat pula kisahku ketika “outing” bersama rakan-rakanku di sekitar Shah Alam. Tiada tujuan penting, Cuma sekadar untuk makan angin di saat kelapangan waktu. Di samping menghilangkan tekanan, apa salahnya untuk mengambil peluang ini untuk melapangkan fikiran dan jiwa. Alhamdulillah, perjalanan kami sentiasa diberkati olehNya tanpa sebarang musibah.

Dalam keriangan melakar hari yang penuh bermakna, aku tersentuh seketika melihat anak-anak kecil yang meminta duit. Hati kecilku bersuara, “kenapa dia harus begini?”. Sedikit ruang masa aku menuju kea rah anak kecil itu, lalu aku hulurkan wang kertasku (tak boleh dinyatakan berapa nilainya). Melihat riak wajahnya yang penuh dengan kedukaan, kelaparan dan kesengsaraan. Aku terbayang sejenak, andai aku berada di tempatnya, apakah masa depanku gelap? Namun ini semua suratan takdir yang menentukan segalanya-galanya.

Di saat hujan membasahi bumi. Aku lantas mengejar bas rapid KL yang sering kali menjadi pengngkutanku untuk menuju ke sesuatu destinasiku. Dalam kesepian sambil memerhati di luar tingkap bas, fikiranku masih terbayang anak kecil itu. Wajahnya comelnya tersenyum ketika di saatku memberi sesuatu “hadiah” untuknya. Harapanku agar dapat berjumpa anak kecil itu lagi di lembaran hari. Insya Allah~

Aku mengeluh perlahan. Nun di sana kulihat sebatang pohon yang keguguran daunnya. Kekuningan dan keemasan. Lalu dedaun itu gugur mengikut rentak angin yang tenang. Cantiknya Tuhan, ciptaanMu ini.

Sekadar renungan:

Rasulullah saw bersabda:
“Bersedekahlah kalian, karena sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi kalian.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 11)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL