Followers

Facebook Comments

Saturday, June 11, 2011

CORETAN PERJALANANKU

Setiap perjalananku… Pasti akan ada duka yang terpalit di jiwa seseorang insan… Namun, tidakkah ia merupakan satu pemberi semangat yang semakin membara… Begitulah kehidupan yang ku tempuhi setiap detik nafasku dan degupan jantungku...Setiap hari… Aku bingkas bangun di waktu subuh pada jam 6.00 pagi… Aku cuba melawan arus kemalasanku… Namun, sudah menjadi kebiasaanku untuk menunaikan kewajipanku dan bersiapkan diri sebagai seorang mahasiswa UiTM untuk ke kuliah… Seperti biasa rutin harianku, menyediakan sarapan dan menyusun segala barangan untuk dibawa ke kuliah… UiTM Sentiasa DiHatiku…

Tenang…dalam jam 6.45 pagi sudah mulakan perjalanan… pagi kelihatan malap dan dipenuhi dengan kabus… pemandangan pagi sungguh menenangkan jiwa… untuk ke hentian bas… (sedihnya aku tidak siapa yang tahu)… terserempak seorang mak cik tua yang rajin bersenam di awal2 pagi… betapa ringan mulut mak cik mengucap “Selamat Pagi” kepadaku… Aku cuma membalas dengan senyumanku… Cemas… ketika sedang perjalanan ke hentian bas… Aku menyedari bahawa bunyi anjing semakin menghampiriku… Namun, aku cuba menoleh kebelakang… Masya Allah, banyaknya dugaanku… Aku cuba bergerak sepantas kilat… Namun, aku terselamat… Titisan air mataku tak begitu kelihatan… Sebagai tanda kesyukuranku… Allah sentiasa disisiku…

Penantianku… 15 minit kemudian… Bas yang yang aku tunggu2kan sudah tiba di hadapan mataku… Aku cuba masuk dengan keadaan tergesa2 merebut tempat tempat duduk… (sedihnya cuma aku seorang je yang merasainya)… Alhamdulillah… Aku mencapai targetku...

Sepanjang pergerakan bas dari zon ke zon yang lain… Aku hanya diam memerhati keadaan sekeliling bandar… Jauh lamunanku… Sesekali aku memerhati 2 pasangan ibu (40-an) dan anak lelaki (maybe 20-an)… Kedua-duanya memeakai pakaian uniform kerja (cleaner)… Menaiki bas yang sama yang aku naiki… Lama aku memerhati gelagat mereka… Si ibu melayan anaknya dan menyuap kuih karipap untuk si anak lelakinya… Si anak lelaki menyambut suapan dari seorang ibunya… (terharunya aku melihat keadaan seperti itu..) Suara Hati: Mungkin kasih sayang adalah asset kebahagiaan yang dicari, bukannya kekayaan dan kesenangan hidup… (renung2kanlah~)

Sesudah sampai di sekitar kampus… Aku keluar dengan penuh semangat dengan suara hati berkata “Alhamdulillah~”… Aku terus berjalan menuju kea rah fakultiku… menuju ke kelasku… dengan langkah yang penuh semangat…

Hari menunjukkan petang… Aku baru menamatkan tanggungjawabku untuk menghadiri ke kelas petang… Kepenatan dan kelesuan mula dirasai… Aku cuba untuk menahan perasaan itu dengan kekuatan kudratku selagi masih mampu meneruskannya… Petang itu, aku pulang dengan menaiki bas pertama… Alhamdulillah~ (rezekiku dapat bas awal)

Dalam minda berfikir sejenak, hatiku bersuara seketika… Aku ingin berhenti di sekitar gerai makanan untuk hidanganku di malam hari… Pelbagai jualan makanan yang membuka seleraku… Namun, aku membelinya dengan bungkusan demi mengejar waktu Asarku… Dalam perjalanan ke rumahku, aku melangkah perlahan2 dengan penuh kesabaran dan keletihan… Tiba2, perjalananku tersekat seketika… Sekali aku memandang sekelilingku… Terdapat kereta serba putih dan besar berhenti… Aku menoleh kearah kiri yang menarik perhatianku… Aku cuba memerhati seorang lelaki menangkap gambar kea rah aku… (aku cuba untuk mengabaikannya)… Aku teruskan langkah besar perjalananku… Namun, jangkaanku tepat… Kereta putih seperti menyekat perjalananku… Aku terus memandang dan aku dipelawa untuk menumpang naik kereta tersebut… (aku berfikir seketika… adakah rezekiku untuk memudahkan perjalananku… atau… aku berhadapan dengan musibah yang bakal menimpaku) Namun, aku membuat keputusan untuk menolak pelawaan tersebut… (panik)… Namun, aku terselamat… Kebetulan kawanku juga ada di sekitar perjalananku nak mempelawaku untuk menumpangnya untuk pulang ke rumah… Alhamdulillah~ =) Sesungguhnya aku menyedari pelbagai kepahitan dan pengalaman yang mengajar kita untuk hidup berdikari dan hidup di luar kampus (Non Residen)... =)

Moral of Story: “Janganlah kita alpa di setiap perjalanan hidup kerana sesungguhnya setiap nikmat dan dugaan yang berlaku dalam hidup kita pasti ada sebab dan hikmahnya… Sesungguh Allah Maha Mengetahui… dan kita diuji olehNya~ wallahu'alam"

Coretan Perjalananku:

Langkah derita bagai terpancar

Pada gelanggang air mata

Tiada putus harapan

Pada pagar keimanan

Susun takdir mengubah nasib

Langkah tersusun tersasar perit

Perlukah menangis dan terus mengalah

Ingin rasanya setapak maju

Namu derita kelmarin mengejar bayang

Renungi alam dengan rasa kerdil

Adakah ruang menyimpan sirna

Atau tenggelam pada dada kegelapan

Masihkah ada yang sudi

Mempamerkan gelanggang air mata

Pada arena kegembiraan

Menyusun hidup dengan keamanan

Mengatur langkah dengan harapan

Pohon yang memayung hidup

Akar yang mencengkam harapan

Angin yang mengusir derita

Masih ada yang sayang

Masih ada yang sudi

Sesungguhnya hidup ini tidak sendirian....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL