Followers

Facebook Comments

Saturday, April 9, 2011

DUNIAKU berbeza

DIRIKU... jeng3... aku muncul lagi... setelah sekian lame menyepi dlm space nih.... byk perkara yg tak kene dengan aku di hari ini dan sebelum ini... bila harus berubah dan mengubahnye??? huhu....

HARI DEMI HARI... aku dah ade haluan aku sendiri... kini aku dah boleh menjalani kehidupan sendiri walaupun byk bende aku kene belajar... buat mase ni aku "explore" dulu ape yang harus aku tahu lagi... kire nk wat kajian hidup aku la... cewahhhhhhh.... =)

TERINGAT pada yg pergi... tanggal 4 April... kini dah 3 tahun arwah abangku pergi meninggalkan kami sekeluarga.... setiap kali terjaga dari tidur... mesti teringat kat arwah abangku... (apa yang dia buat sekarang???)... hurm.. wallahu'alam... sedih memikirkan ia kembali... aku cuba melupakan tragedi yang lalu... tapi kenagan arwah sentiasa dalam ingatanku...

PEPERIKSAAN... setelah meneroka ilmu daripada barisan pensyarahku... Alhamdulillah... semester ini stabil sket... insyaALLAH... kiranya aku sudah berusaha mengikut kemampuanku... apakan daya... rezeki aku terserah pada ALLAH... aku cuma merancang dan berusaha untuk buat yang terbaik buat diriku dan masa depanku....

KENALAN... semakin meningkat usia mudaku semakin dekat usia tuaku... banyak dah aku kenali... mungkin ramai lagi perlu aku mengenali selepas ini... tak rugi aku untuk meneruskan pengajianku & kehidupanku di perantauan... hurm... Alhamdulillah....

ha.... ni je la buat masa ini.... blog semakin hari semakin ramai yng datang melawat ye... hehehe... selamat membaca kisah hidupku wahai pelawat2 blog aku.... tak semua boleh aku kongsikan... biarlah yang selebihnya antara aku dan Allah sahaja yang tahu,... =) --SYUKRIE 2011

Sunday, April 3, 2011

UJIAN BUAT DIRIKU




Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh aku katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

"Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya..."

"Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian..."

DUGAAN... hari ini dan semalam... aku sudah melaluinya... malah sudah merasainya... peritnya menanggung bebanan ini.. namun, aku cuba utk tabah mengharunginya... mungkin aku sedang diuji oleh-NYA...

SYUKUR... ramai rakan2ku sudi membantu di saat aku memerlukannya... ramai lagi yg memahami situasiku di masa ini... bersyukur keluargaku memahami keadaan aku dan byk memberi semangat untukku... aku sudah banyak menyusahkan semua org di sekelilingku... kadang2 siapa tahu, hati aku dipenuhi dengan perasaan serba salah... namun, aku terpaksa melakukannya...

ROSAK... masalah pendengaranku sentiasa menjadi isu... sukar aku gambarkan perasaan ini bila masalah ini terjadi ... tak tahu bagaimana perasaanku... panik, risau, terkejut, sedih dan byk lagi... huhu... umpama hidupku menjadi gelap seketika... hatiku bersuara " oh.. tidak... apa sudah terjadi??? apa harusku buat???"...
apakan daya, setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang...

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga aku sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang... Insya ALLAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL