Followers

Facebook Comments

Thursday, January 27, 2011

Sambutan Kelahiranku Ke-22


Tiada mulut bermain kata, jika hati tidak menurutinya
Tiada hati rasa gembira, jika tidak kena harinya


Seperti tercatat pada Sijil Kelahiran
yang bertarikh 28 Januari 1989
dengan waktunya pada jam 10.05 malam
Maka ini harinya
HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AKU KE-22 

Seperti pertanyaan klise
Apa yang dihajati pada Hari Lahirmu?
Aku cuma mahu kehidupan yang aman, selesa dan diberkati
Punyai rasa hati yang menyayangi
Merasa diri disayangi
Berkesempatan melihat diriku dan kembarku membesar dan berjaya
Ketenangan dalam hidup yang seterusnya

Terima kasih mak!
kerana melahirkan aku
Terima kasih Allah!
kerana memberi kehidupan ini kepada aku

Sudah banyak tahun jumlah hari lahir yang ku lalui
Sudah banyak cerita disebaliknya ku tempuhi
Di usia sebegini, aku tidak mahu apa-apa lagi

Seperti pepatah Buya Hamka,

"Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur,
Tidak usah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis,
Berilah kami hati yang suci, muka jernih,
Budi baik dibawa mati…"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL