Followers

Facebook Comments

Saturday, January 8, 2011

ALAM 2011 diriku...


Tahun 2011… Perjalanan hidup semakin meningkat usia… aku sedar ke mana hala tuju ku ketika ini… aku memilih satu jalan yang memberikan aku satu sinar harapan baru… aku menemui segala apa yang aku lalui selama ini… banyak perkara telah ku pelajari dalam hidup ini… hidup senang susah telah aku lalui selama ini…. Namun, hidup ini harus diteruskan….

Hari demi hari… aku melangkah setiap pembaharuan dalam hidupku.. malah diriku sendiri… mungkinkah aku sudah berubah… mungkinkah tidak… aku mengelamun seketika… memikirkan diriku sendiri… memikirkan orang2 di sekelilingku...

Komitmen… Aku tertanya2 apakah aku telah memilih jalan yang betul??? Namun sukar bagiku meluahkan kata2… sukar bagiku untuk menyuarakannya… Hanya aku berserah padamu YA ALLAH… aku redha apa yang telah ku pilih ini… andai kata ia baik bagi diriku… Engkau berikanlah ia kepadaku… andai kata ia bukan terbaik bagi diriku… Engkau singkirkanlah ia dariku… doa hambamu sentiasa dibisikkan setiap kali selesai menunai kewajipanku (ibadah)…

Azam baru… aku ingin memperbaiki segala kekuranganku… bukan pada diri sendiriku… tapi dalam pelajaran dan tanggungjawabku… aku sedar di mana matlamat sebenarku… aku mohon segala petunjuk dari MU Ya Allah untuk meniti kehidupanku ini… berikanlah aku kehidupan yang lebih diredhai MU…

Hidup umpama roda… ada kala kita berada di atas… ada kala kita berada di bawah… aku teruskan perjuanganku di sebalik sisa2 hidupku… memperbaiki segala apa yang telah aku lepaskan… akan aku membuat sesuatu yang boleh memberi aku inspirasi baru… insya ALLAH…

Sahabat2ku… Allah telah anugerahkanku beberapa orang sahabat… yang telah memberi aku semangat baru… untuk mengajar diriku tentang MATLAMAT sebenarku… Alhamdulillah… akan aku cuba untuk menjadi insan berguna… insya ALLAH… =)

Tenang… di awal tahun ini.. hatiku sangat tenang… tiada masalah melanda jiwaku di masa ini… Alhamdulillah… moga aku dijauhi dari segala musibah… aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat diriku, ayah bondaku, keluargaku, dan orang2 sekelilingku…


***SYUKRIE 2011***

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL