Followers

Facebook Comments

Tuesday, January 11, 2011

RUTIN HARIANKU


KRINGGGGGGGG!!! (alarm handphoneku berbunyi)... Sambil bingkas bangun dari kamar tidurku, aku renggangkan otot2ku... aku membelek handphoneku menandakan sudah jam 6.00 pagi... (tidak lama kemudian azan subuh berkumandang...)... kedua2 mataku masih lemah... sambil itu aku memikirkan keadaan diriku... "apakah yang berlaku pada malam tadi?"...

Aku bersiap untuk membersihkan diri di bilik mandi... sejuknya air tidak siapa yang tahu... seluruh anggota badanku menggigil... aku menahan kesejukan lalu aku mengambil air wudhuk untuk mengerjakan solat fardhu subuh... Setelah kewajipanku sudah selesai... aku cuba menyemak semula jadual kuliah menerusi online...

Perjalanan ke kuliah... fikiranku melayang... memikirkan sesuatu yang sukar aku lupakan... kadang2 aku cuba untuk melupakannya... hati kecilku bersuara... "biarlah semua itu terjadi... aku pasti boleh melakukannya... percayalah!!!"... Aku menarik dan menghembus nafas... menanda aku lega untuk semua perkara... Aku memandang sekelilingku... semua siswa siswi sedang berjalan menuju ke fakulti... dalam fikiranku... (mereka datang ke kuliah untuk menuntut ilmu... bukankah aku seperti mereka juga?) hmmm... bersyukurlah apa yang telah aku lalui hari ini dan selama ini...

Hanya senyumanku sahaja mampuku berikan pada rakan2ku... aku kurang berkomunikasi bersama mereka seperti dulu... aku bukan berniat untuk tidak beramah mesra bersama mereka.. namun aku memerlukan masa untuk bersendirian... niat aku bukanlah untuk melupakan sahabat2ku yang lain... namun aku berterima kasih kepada rakan2ku kerana masih ada yang mengambil berat tentang diriku... (peace!)

Jam menunjukkan 4.00 petang... kuliahku tamat... happy-nye aku... hehe... dalam perjalanan pulang... aku  bergerak perlahan sambil menikmati pemandangan sekeliling... (penat naik tangga)... 15 minit kemudian... terus baring atas katilku... wahhhhhhhhhh!!! (terlelap)... lena tidurku tiada siapa yang mengganggu... (beberapa jam kemudian aku sedar dari nikmat tidurku lalu menunaikan solat asar)...

*** madahku: aku hanyalah insan biasa... seorang penuntut yang masih mencari kehidupan yang lebih baik untuk masa depanku... keluargaku... bangsaku... dan AGAMAKU... aku juga menjalani kehidupan biasa... aku bukanlah sentiasa gembira dalam mengharungi kehidupan seharianku... namun aku menyedari bahawa adakala aku merasai kebahagiaan dan adakalanya aku merasai kesedihan dalam hidupku ini... usah fikir diri orang lain sedangkan diri sendiri belum ada arah tuju yang SEBENAR...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL