Followers

Facebook Comments

Sunday, January 30, 2011

DI MANAKAH harusku CARI GANTI



adoiyai... di manakah harusku cari ganti... haha... hot tak topik aku post nih??? ngeee~ haa.. nak tau citer nye??? meh duduk diam dan dengarlah isi hatiku... (cehhh... mengade2 tol aku)... hahaha...

SATU hari terfikir... Nak cari pengganti diri... yang mewarnai kehidupan... aku cuba untuk undur diri... tanpaku memikirkan kesannya pada org di sekelilingku... aku cuba untuk menjauhkan apa yang telah aku capai hari ini dan esok... kalaulah aku diberi banyak masa untuk memilih jalan hidupku yang penuh dengan ketidakpastian ini... aku mohon diberi satu jalan yang lebih baik untukku...

KEMATANGAN diri... diakui aku merasai kelainan pada diriku... aku seolah-olah tidak seperti dulu lagi... kadang2 aku kurang bersuara dan tidak seperti dulu lagi... andai diriku sudah berubah, apakan dayaku untuk mengubah takdir hidupku pula... di depan mataku hanya 2 jalan... kini jalan manakah harusku lalui... (tunduk seketika)... fiuhhhh~

GELORA kehidupan... setiap post aku selalu menceritakan kehidupan seharianku... kerana ini adalah sebenar2nya aku lalui di masa ini... andai kata aku tiada di dunia, kenangan ku masih hidup lagi di dunia ini... ada sebabnya aku menghasilkan blog ku yang serba sederhana ini... kenangan manis dan pahit, akan ku kongsikan, namun tidak semua aku harus kongsikan...

BISIKAN doa istikarahku:

"Ya Allah
Aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMU, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMU, aku mengharapkan kurniaMU yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMU yang jahil.Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah
Jika dalam pengetahuanMU adalah baik bagiku dan bagi agamaku, baik bagi kehidupanku sekarang dan masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian, berilah aku berkah daripadanya. Tetapi jika dalam ilmuMU akan membawa bencana bagiku dan membawa akibat dalam kehidupanku baik sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu..."

DOA inilah aku selalu amalkan... mungkin lambat lagi bagiku untuk mengetahui jawapannya... tetapi... setiap kejadian ada sebabnya... setiap perkara ada hikmahnya... Aku berterima kasih pada seorang pensyarahku kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar keluhanku... Pelbagai panduan hidup dikongsi untukku... bukanlah aku tidak tahu berdikari, namun aku tidak pasti akan keputusan yang aku fikirkan...

##############################################################

ANDAI HARI ESOK... ubah segala2nya.... membina cahaya baru... indahnya taman tasik Shah Alam... suasana romantik... menenangkan... tersenyum seorang diri sambil termenung... wahhhhhhhhhhh.... bestnye...... mahu saja aku terjun.... berkayak....

TAMAN 4 MUSIM... ronda2 jugak... jalan2 la jugak... hehe.... Alhamdulillah... tekanan sedikit banyak berkurang... thanks sahabat2ku yang sudi membawaku ke tempat yg tak pernahku pergi... masa banyak dihabiskan untuk merasai kenikmatan dan keindahan ciptaanNYA... masa mengunjungi musim sejuk... uh... tak dapat menahan kesejukan itu.... menggigil seluruh anggota badanku... namun, ada kesempatan untuk bergambar sebagai kenanganku.... boleh ku jadikan ia satu memori hidupku... =)


Thursday, January 27, 2011

Sambutan Kelahiranku Ke-22


Tiada mulut bermain kata, jika hati tidak menurutinya
Tiada hati rasa gembira, jika tidak kena harinya


Seperti tercatat pada Sijil Kelahiran
yang bertarikh 28 Januari 1989
dengan waktunya pada jam 10.05 malam
Maka ini harinya
HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AKU KE-22 

Seperti pertanyaan klise
Apa yang dihajati pada Hari Lahirmu?
Aku cuma mahu kehidupan yang aman, selesa dan diberkati
Punyai rasa hati yang menyayangi
Merasa diri disayangi
Berkesempatan melihat diriku dan kembarku membesar dan berjaya
Ketenangan dalam hidup yang seterusnya

Terima kasih mak!
kerana melahirkan aku
Terima kasih Allah!
kerana memberi kehidupan ini kepada aku

Sudah banyak tahun jumlah hari lahir yang ku lalui
Sudah banyak cerita disebaliknya ku tempuhi
Di usia sebegini, aku tidak mahu apa-apa lagi

Seperti pepatah Buya Hamka,

"Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur,
Tidak usah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis,
Berilah kami hati yang suci, muka jernih,
Budi baik dibawa mati…"


Tuesday, January 25, 2011

DURI-DURI HIDUP


IMPIAN... kadang2 kita tak dapat apa yg kita dapat... kadang2 kita capai apa yg kita hajati... namun semua itu adalah ketentuan dariNya... Sesungguhnya kita diuji olehNya... Kesabaran je kuasa yang kita ada di masa ini... kita harus faham dunia realiti ini yg penuh dengan dugaan... Kedengkian sukar disisihkan dalam naluri insan di sekeliling kita... Namun kita tidak nampak apa telah mereka lakukan pada kita... kita hanya mampu terkelu... kelirunya hari ini...

AMANAH... selagi kudratku masih kukuh... selagi nyawa dikandung badan... selagi roh masih terperangkap dalam jasad... apakan daya, aku cuba untuk memikul tanggungjawab itu SEIKHLAS HATIKU... andai aku tidak layak memegang amanah itu, aku redha apa yang telah mereka berikan padaku... berikan ruang untukku bernafas walaupun buat seketika... andai kata aku benar2 tidak layak... aku cuba undur diri...

KISAH BARU... andai kata kisah lama masih menghantui kita... apakah kisah baru dapat mengubah segalanya? Persoalan ini sentiasa bermain di fikiranku di masa ini... andai ku tahu apa akan terjadi di masa akan datang... apa telah terjadi di masa lalu... sukar untuk ungkapkannya... siapa tahu? Lewat malam aku cuba berdoa pada PENCIPTA... sesunggguhnya aku cuba merancang sesuatu yang tidak pasti... aku mohon DIA tunjukkan aku jalan... "Ya Allah, kiranya ia baik untukku, Engkau anugerahkannya padaku... kiranya ia bukanlah yang terbaik buatku... Engkau singkirkanlah ia dariku...". Aku sekadar merancang dalam hidup ini, hanya DIA yang menentukan segala-galanya... Apa yang baik datang dariNYA, apa yang buruk datang dari kita sendiri...

MUHASABAH DIRI... malam yang tenang ini mampu  menenangkan jiwa yang resah ini... jiwa yang dibelenggu dengan ketidakpastian... jiwa yang dihantui dengan kisah lama... jiwa yang keliru... namun, aku bersyukur masih belum terlambat untukku mengubahkannya... andai ia terjadi padaku... aku pasrah apa yang sudah tersurat untukku... aku cuba untuk lepaskan ia jika aku mampu buat semua ini...

PERJALANAN HIDUP... perlukah semua ini terjadi? perlukah semua ini berlaku? perlukah semua ini wujud? perlukah semua ini ada? aku biarkan hidup ini berlalu begitu sahaja... aku hanya mampu melihat.... aku hanya mampu mendengar.... aku hanya mampu bergerak.... aku hanya mampu tertawa..... aku hanya mampu jatuh air mata...... aku hanya mampu terdiam..... aku hanya mampu mengundur diri.... aku hanya mampu berdepan segala2nya.... aku boleh!!! insya ALLAH...

DURI-DURI HIDUP... "siapa mahukan hidup dalam masalah? semua orang ada masalah..." itulah ungkapan seorang sahabatku yang sejati... tersentuh hati ini mendengar keluhannya... tak sampai hati ini untuk mendengar luahan hatinya yang terpendam... dia hanya mampu termenung... mampu terdiam.... aku bangga sahabatku seorang ini kerana dia kuat dan tabah menghadapinya.... aku ingin seperti dia juga.... Allah telah temukan aku dengan dia buat masa ini untuk membimbing aku ke arah yang lebih baik...


Tuesday, January 11, 2011

RUTIN HARIANKU


KRINGGGGGGGG!!! (alarm handphoneku berbunyi)... Sambil bingkas bangun dari kamar tidurku, aku renggangkan otot2ku... aku membelek handphoneku menandakan sudah jam 6.00 pagi... (tidak lama kemudian azan subuh berkumandang...)... kedua2 mataku masih lemah... sambil itu aku memikirkan keadaan diriku... "apakah yang berlaku pada malam tadi?"...

Aku bersiap untuk membersihkan diri di bilik mandi... sejuknya air tidak siapa yang tahu... seluruh anggota badanku menggigil... aku menahan kesejukan lalu aku mengambil air wudhuk untuk mengerjakan solat fardhu subuh... Setelah kewajipanku sudah selesai... aku cuba menyemak semula jadual kuliah menerusi online...

Perjalanan ke kuliah... fikiranku melayang... memikirkan sesuatu yang sukar aku lupakan... kadang2 aku cuba untuk melupakannya... hati kecilku bersuara... "biarlah semua itu terjadi... aku pasti boleh melakukannya... percayalah!!!"... Aku menarik dan menghembus nafas... menanda aku lega untuk semua perkara... Aku memandang sekelilingku... semua siswa siswi sedang berjalan menuju ke fakulti... dalam fikiranku... (mereka datang ke kuliah untuk menuntut ilmu... bukankah aku seperti mereka juga?) hmmm... bersyukurlah apa yang telah aku lalui hari ini dan selama ini...

Hanya senyumanku sahaja mampuku berikan pada rakan2ku... aku kurang berkomunikasi bersama mereka seperti dulu... aku bukan berniat untuk tidak beramah mesra bersama mereka.. namun aku memerlukan masa untuk bersendirian... niat aku bukanlah untuk melupakan sahabat2ku yang lain... namun aku berterima kasih kepada rakan2ku kerana masih ada yang mengambil berat tentang diriku... (peace!)

Jam menunjukkan 4.00 petang... kuliahku tamat... happy-nye aku... hehe... dalam perjalanan pulang... aku  bergerak perlahan sambil menikmati pemandangan sekeliling... (penat naik tangga)... 15 minit kemudian... terus baring atas katilku... wahhhhhhhhhh!!! (terlelap)... lena tidurku tiada siapa yang mengganggu... (beberapa jam kemudian aku sedar dari nikmat tidurku lalu menunaikan solat asar)...

*** madahku: aku hanyalah insan biasa... seorang penuntut yang masih mencari kehidupan yang lebih baik untuk masa depanku... keluargaku... bangsaku... dan AGAMAKU... aku juga menjalani kehidupan biasa... aku bukanlah sentiasa gembira dalam mengharungi kehidupan seharianku... namun aku menyedari bahawa adakala aku merasai kebahagiaan dan adakalanya aku merasai kesedihan dalam hidupku ini... usah fikir diri orang lain sedangkan diri sendiri belum ada arah tuju yang SEBENAR...



Saturday, January 8, 2011

ALAM 2011 diriku...


Tahun 2011… Perjalanan hidup semakin meningkat usia… aku sedar ke mana hala tuju ku ketika ini… aku memilih satu jalan yang memberikan aku satu sinar harapan baru… aku menemui segala apa yang aku lalui selama ini… banyak perkara telah ku pelajari dalam hidup ini… hidup senang susah telah aku lalui selama ini…. Namun, hidup ini harus diteruskan….

Hari demi hari… aku melangkah setiap pembaharuan dalam hidupku.. malah diriku sendiri… mungkinkah aku sudah berubah… mungkinkah tidak… aku mengelamun seketika… memikirkan diriku sendiri… memikirkan orang2 di sekelilingku...

Komitmen… Aku tertanya2 apakah aku telah memilih jalan yang betul??? Namun sukar bagiku meluahkan kata2… sukar bagiku untuk menyuarakannya… Hanya aku berserah padamu YA ALLAH… aku redha apa yang telah ku pilih ini… andai kata ia baik bagi diriku… Engkau berikanlah ia kepadaku… andai kata ia bukan terbaik bagi diriku… Engkau singkirkanlah ia dariku… doa hambamu sentiasa dibisikkan setiap kali selesai menunai kewajipanku (ibadah)…

Azam baru… aku ingin memperbaiki segala kekuranganku… bukan pada diri sendiriku… tapi dalam pelajaran dan tanggungjawabku… aku sedar di mana matlamat sebenarku… aku mohon segala petunjuk dari MU Ya Allah untuk meniti kehidupanku ini… berikanlah aku kehidupan yang lebih diredhai MU…

Hidup umpama roda… ada kala kita berada di atas… ada kala kita berada di bawah… aku teruskan perjuanganku di sebalik sisa2 hidupku… memperbaiki segala apa yang telah aku lepaskan… akan aku membuat sesuatu yang boleh memberi aku inspirasi baru… insya ALLAH…

Sahabat2ku… Allah telah anugerahkanku beberapa orang sahabat… yang telah memberi aku semangat baru… untuk mengajar diriku tentang MATLAMAT sebenarku… Alhamdulillah… akan aku cuba untuk menjadi insan berguna… insya ALLAH… =)

Tenang… di awal tahun ini.. hatiku sangat tenang… tiada masalah melanda jiwaku di masa ini… Alhamdulillah… moga aku dijauhi dari segala musibah… aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat diriku, ayah bondaku, keluargaku, dan orang2 sekelilingku…


***SYUKRIE 2011***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL