Followers

Facebook Comments

Monday, October 25, 2010

KESEPIAN


KESEPIAN... tu la word paling sesuai tok aku tyme cuti2 semester... ye la... tak tau nak wat ape mase cuti2 kat kampung... pantai la tempat pilhanku... untuk mencari ketenangan jiwa la jugak.. kih3x... poyo je aku nih... aku amik gambar2 aku ni sorang2 jew... nasib bek da beli handphone baru la katekan... haha... handphone berkamera yang boleh automatic capture & edit2 gambar... hmmmm... ni la hobiku~




SUNSET... ni tyme da senja da nih... amik peluang nak gambar lah... backgroundnye cantik baa... aku x peduli orang sekeliling tengok2 pandang2 aku tgh ber"shooting"... haha... biaselah impian nak jadi model la kan... kui3x... (perasan lebey je aku nih)... haha...





YAMAHA... ni la motor kesayangan ku... tapi malangnya ayah aku da jualkan & beli motor baru da... huuu~ sedey nye... tapi motor baru tu pun boleh tahan gak la... hahaha... boleh je aku mencuba benda yang baru... kakakaka... ni tyme posink sorang2 ni... tyme ni x ramai orang.. mule2 segan.. pastu jadi over la plak... hahaha... "ada aku kesah???"... ngihihihi... =P

SEMBELIH AYAM




SEMINAR HALAL "KARNIVAL EKSPLORASI & INTERPRETASI ISLAM"

Uh ah uh ah la tyme ni... mane tak nye... member2 aku ni sumer main "point" aku kene mencuba sembelih ayam ni haaa... dan aku telah buktikan kebolehan dan keberanianku... haha... tyme tgh pegang ayam nih... ingatkan ayam tu "memberontak"... tapi jinak jew... hoho... tapikan dengutan jantung ayam la aku geli sket... haha... tapi memang best la coz 1st tyme dapat berpeluang nak belajar sembelih ayam halal nih bersama Ustaz Abdul Rahman... Macam2 telah aku pelajari tyme praktikal sembelihan ayam tok Program Seminar Halal nih... Banyak gak
panduan2 perlu kite tahu dan banyak gak pantang larang yang perlu kita hormati... hmmm... Member2 aku yang len pon mcm takot2 gak.. tu la pasal main "ko la dulu... lepas ni aku la...".. huh... statement tak boleh blah jew... (mengalah jugak)...

Pada sebelah malam lak, kitorang wat satu barbique dan rumah terbuka kat rumah Encik Omar... dengan ayam2 yang kitorang sembelih tu skali la jadinya barbique.. haha... sedap jugak la (walaupun ayamnye kecik jew...)... huhu... tapi malam tu aku bukan pe"manggang" ayam... aku jadi tukang makan saja... hua3... hihi... Ayam oh ayam... sedapnye...



Sunday, October 24, 2010

~sleep~



TIDUR ADALAH MASA REHATKU

Setiap kali study je, ade la mata ternoda dengan katil... tidurlah kegemaranku di masa lapang... Tiada ku peduli orang sekelilingku... Kadang2 lepas makan je, mesti aku rase ngantok sgt2... huhu... Aku dok sorang je dalam je bilik... tu la gabung katil 2 buah... hehe... biaselah...

keluasan katil memainkan peranan penting tok aku dapatkan tidur yang nyenyak dan selesa... hihi... ada aku kesah??? hahaha... =P


Friday, October 22, 2010

RINDU MAK AYAH!!!




AYAHANDA : BASRI @ BOSERI BIN MIR
BONDA : SALMIAH BT MOHD ZAIN @ JULIA TENG

Rindu terasa... sebak pun ade,,, bile mak ayah call... huuu... susahnye nak menahan perasaan ini... kata2 mereka membuatkan ku terasa nak balik je... bukan ape, aku x sanggup berdepan dengan pelbagai karenah di Universiti ini... aku perlukan belaian dan perhatian mak ayah... aku tak peduli... aku anak bongsu yg paling manjakan diorang.... aku berada di sini demi menunaikan hasrat dan impian aku yang masih belum terlaksana... aku ingin menjadi insan yang berguna suatu hari nnt... aku ingin hadiahkan mak ayah aku kejayaan hidupku ini... aku jugalah generasi terakhir dalam adik beradikku yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak yang telah melepasi universiti... bermula dari kakakku, abangku, kembarku dan terakhir skali diriku sendiri... pahit manis yang ku lalui di kehidupan kampus ini... macam2 telah ku kenali... macam2 telah ku pelajari... macam2 telah ku tempuhi... semua ini realiti kehidupanku... apapun, ku iringi doaku pada MU Ya Allah, berikan kesejahteraan dan kebahagiaan pada bonda dan ayahanda ku di kampung halaman... berikan mereka sebuah kehidupan yang aman dan jauhilah mereka daripada keburukan... amin~




"sayang mak ayah!!!!"
-anakandamu: syukrie-

Thursday, October 21, 2010

PROGRAM MESRA SISWA "SECEBIS KENANGAN SEGUNUNG HARAPAN"





Tarikh: 17 Oktober 2010
Tempat: Pemulihan Dalam Komuniti Sungai Buloh, Paya Jaras, Sungai Buloh

Tersentuh seketika melihat kedatangan insan2 istimewa melangkah masuk ke ke pusat jagaan warga istimewa... Sukar ku gambarkan bagaimana perasaan ku ketika itu... perasaan ku bercampur baur... sedih... terharu... dan macam lagi aku fikirkan... inilah pengalaman yg dapat aku jadikan sebagai pencetus semangatku untuk teruskan kehidupanku di dunia yang sementara ini....

Sepanjang program khidmat bakti siswa sedang berlangsung, peranan aku hanyalah sekadar jemputan dan pemantau sahaja. Aku memastikan perjalanan program tersebut berjalan dengan lancar. Aku amat berterima kasih kepada warga Persatuan Pemulihan Cara Kerja kerana mempercayai kebolehanku untuk sama2 turun padang membantu program mereka. Meskipun program tersebut kelihatan agak "simple" namun ia sangat bermakna dalam hidupku... tidak pernah aku melihat, menyentuh dan memeluk insan2 senasibku... Namun golongan istimewa ini lebih kronik berbanding diriku ini... Syukur Alhamdulillah... Allah telah tunjukkan aku semangat baru untuk terus kehidupan ini....

Setiap gelak tawa, tangisan dan raungan telah ku dengari di tempat tersebut... Wallahu' alam... Inilah realiti kehidupan yang dapat aku ketahui bahawa bukan mudah untuk menjaga insan2 istimewa... Setiap wajah para ibu bapa, tidak siapa yang tahu perasaan dan kesulitan yang telah mereka alami selama mereka menjaga golongan2 istimewa ini... Alhamdulillah, aku bersyukur ibu bapa ku dapat menjagaku dengan baik sehingga ke hari ini.... amin~

Dalam kepanasan mentari sepanjang hari tersebut, kepenatan dan keletihanku tidak terasa... Aku begitu seronok dapat bersama mereka (warga Persatuan Pemulihan Cara Kerja & warga istimewa)... Mereka telah mengisi masa lapang ku sementara menunggu menjelang peperiksaan akhir semesterku...

Akhir kataku, tidak semua insan yang lahir di dunia ini adalah sempurna... Setiap makhluk ciptaan Allah SWT adalah kelebihan dan kekurangannya... Tanpa kita sedari semua yang berlaku ada hikmahnya... Allah Maha Mengetahui dan Teliti... Hanya Dia sahaja yang menentukan takdir kita di dunia ini mahupun di akhirat... Wallahu'alam...

~coretanku: syukrie~


PROGRAM BAKTI SISWA SINAR HARAPAN









TAJUK : BICARA HATI PENGARAH PROGRAM “BAKTI SISWA SINAR HARAPAN”

Oleh : Muhammad Syukri Bin Basri @ Boseri

Emel : syukriebasrie@gmail.com

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” begitulah ungkapan yang dapat digambarkan dalam pelaksanaan projek BAKTI SISWA SINAR HARAPAN yang berkonsepkan 1 Malaysia di samping menyumbangkan kerja amal di bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak. Projek ini telah diadakan pada 28 dan 29 Ogos 2010 bertempat di Pusat Jagaan Harian Warga Emas, Cheras Baru, Kuala Lumpur anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam sekaligus dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah.

Setelah melalui liku-liku mencabarkan sepanjang proses pelaksanaan projek BAKTI SISWA SINAR HARAPAN, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dani izin Allah SWT akhirnya saya, selaku Pengarah Projek dapat merealisasikan pelaksanaan projek tersebut dengan tekad dan semangat yang ada pada diri saya dan para sahabat seperjuangan saya. Pada mulanya, kelihatan agak sukar untuk meneruskan projek tersebut, namun sokongan dan kepercayaan daripada pihak keluarga, pihak pengurusan kolej dan para sahabat saya telah memberi sokongan kepada saya telah menjadi faktor pendorong kepada saya untuk terus berjuang sehingga menempuh kejayaan yang sukar dilupakan dalam hidup saya dan para sahabat saya sebagai pemimpin pelajar selama ini.

Sepanjang projek ini berlangsung, pelbagai agenda telah kami laksanakan untuk memeriahkan lagi suasana di Pusat Jagaan Harian Warga Emas bersama warga emas yang prihatin dengan kehadiran kami. Kakitangan di Pusat Jagaan Harian Warga Emas juga turut membantu kami dalam menjayakan projek yang sungguh bermakna ini khususnya kepada Pengerusi Pusat Jagaan Harian Warga Emas iaitu Yang Berbahagia Datuk Nordin Ibrahim yang banyak membantu kami di saat kami memerlukannya. Beliau telah memberi kebenaran untuk kami mengadakan projek di tempat beliau serta memudahkan kami berurusan di tempat tersebut. Kami juga amat bersyukur dan berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh warga di Pusat Jagaan Harian Warga Emas di situ.

Pada 28 Ogos 2010, kami telah menjalani beberapa projek yang berorientasikan pendidikan pengajian tinggi. Antaranya ialah senaman ringan dan pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan oleh pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan. Senaman ringan dan pemeriksaan kesihatan tersebut bertujuan untuk memberi kecergasan untuk kesihatan warga emas. Selain itu, kami telah mengadakan satu pameran kesihatan dan perubatan yang dilaksanakan oleh pelajar dari Fakulti Farmasi. Pameran tersebut telah memberi pengetahuan dan informasi kepada warga emas mengenai masalah-masalah kesihatan yang dialami dalam usia emas dan penjagaan kesihatan yang harus dititikberatkan oleh warga emas. Warga emas juga didedahkan tentang kegunaan ubat-ubatan yang merupakan salah satu ikhtiar untuk merawat penyakit yang dialami oleh setiap orang. Di samping itu, kami turut mengadakan sesi wawancara bersama Pengerusi Pusat Jagaan Harian Warga Emas iaitu Datuk Nordin Ibrahim yang dilaksanakan oleh pelajar Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Sesi wawancara tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk mengkaji sejarah penubuhan Pusat Jagaan Harian Warga Emas dan sekaligus mengenalpasti latar belakang beliau. Beliau sangat prihatin dan peramah dalam sesi wawancara tersebut. Pada masa yang sama, kami turut melaksanakan sesi bergotong royong di sekitar tempat tersebut.

Pada 29 Ogos 2010, pihak kami telah mengadakan satu Majlis Perasmian Bakti Siswa Sinar Harapan yang diadakan pada jam 5.15 petang di Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Kehadiran Yang Berbahagia Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abdul Talib, Penolong Naib Canselor Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam bersama Encik Adnan Omar, selaku Timbalan Pengarah Kampus, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam bagi melancarkan lagi perjalanan majlis tersebut. Sejurus beberapa minit kemudian, kami menjemput ketibaan Pegawai-pegawai Penaja dan paratetamu VVIP. Akhir sekali, kami turut menyambut ketibaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia iaitu Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah serta isteri beliau. Pihak kami memberi peluang para tetamu jemputan untuk menjalani ibadah solat fardhu Asar terlebih dahulu sebelum meneruskan program Majlis Perasmian tersebut. Kami juga mengalami masalah kelewatan pihak “catering” untuk persiapan meja makan dan pemakanan untuk persediaan juadah bagi Majlis Berbuka Puasa. Agak sukar digambarkan dengan perasaan saya ketika itu yang sangat risau bagi kesulitan yang telah dialami tersebut. Namun, saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempermudahkan urusan kami dan segala masalah persiapan pemakanan dapat diselesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Setelah selesai menunaikan solat fardu Asar, kami meneruskan program Majlis Perasmian Bakti Siswa Sinar Harapan tersebut. Kami telah memberi peluang untuk berucap kepada Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Rafflesia Angsana 2010 Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam, Pegawai-Pegawai Penaja, Naib Canselor (diwakili oleh Penolong Naib Canselor), Pengerusi Pusat Jagaan Harian Warga Emas dan akhir sekali Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah. Kami telah menyediakan satu tayangan video untuk tatapan para tetamu jemputan tentang perjalanan projek kami sepanjang program Bakti Siswa Sinar Harapan dilaksanakan. Majlis tersebut sekaligus diakhiri dengan perasmian oleh Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Sementara menunggu azan Maghrib berkumandang bagi Majlis Berbuka Puasa, Dato’ Saifuddin Abdullah serta isteri mengambil kesempatan untuk meluangkan masa untuk berinteraksi bersama warga emas dan para pelajar untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami semua. Tepat jam 7.25 petang, setelah azan Maghrib telah berkumandang, kami meneruskan Majlis Berbuka Puasa bersama Dato’ Saifuddin Abdullah. Sejurus beberapa minit kemuadian kami menjemput Dato’ Saifuddin untuk menunaikan solat fardhu Maghrib bersama para muslimin dan muslimah. Selepas selesai solat fardhu Maghrib, kami teruskan dengan sesi fotografi bersama Dato’ Saifuddin bersama para tetamu jemputan sebagai kenangan bagi pihak kami. Di akhir majlis, kami mengiringi Dato’ Saifuddin Abdullah serta isteri masuk ke dalam kereta untuk pulang. Para tetamu jemputan juga turut pulang. Pada masayang sama, saya juga berasa lega selepas tamat program tersebut. Kami Jawatankuasa Perlaksana juga pulang ke kampus kami.

Secara kolektifnya, saya telah mengimplimentasikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang pemimpin pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Kolej Rafflesia & Angsana 2010 Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam dan sekaligus kami telah menunaikan hasrat bonda kami untuk mengadakan program yang berkonsepkan “1 Malaysia” iaitu Yang Berbahagia Prof Dr Azni Zain Ahmed yang merupakan bekas Penolong Naib Canselor Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam pada semester yang lepas. Harapan saya semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk berbakti kepada masyarakat yang sangat memerlukan perhatian dan sumbangan daripada kita semua. Walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, namun kerja amal ini boleh kita pelajari dari pengajaran serta dijadikan amalan kita di dunia sebagai bekalan kita untuk di akhirat kelak. Insya Allah. Segala yang buruk adalah datang daripada kita sendiri dan segala yang baik adalah datang dari Allah SWT. Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program “BAKTI SISWA SINAR HARAPAN”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

autumn

autumn

snow

snow

INTERNATIONAL